User Tools

Site Tools


madrasah_nujumiah

Madrasah Nujumiah

Ahli2 Madrasah Nujumiah, Green Town Ipoh. 3.8.1969
“Ini la Ahli Madrasah Nujumiah Greentown Ipoh 3.8.1969 Madrasah at the back of our 939 Jln Abdul Aziz Hse.. Yang duk depan tu Baju hitam tu Our Dad Haji Jaafar Zakaria . Masa tu i am 10 years old..😅😅” - Helmy Iium

(Sumber: Helmy Iium @ FB ExGreentown Ajer, 28 April 2020: |"Madrasah Nujumiah Greentown Ipoh").

Gambar Dekat

Gambar Dekat Maklumat (Ruangan Komen)
Tengah “Yang duduk tu Haji Jaafar Zakaria.. ( baju Melayu Hitam )” - Helmy Iium

“Sebelah kiri your father tu, Dato' Hj Ahmad Damanhuri (Pengerusi Madrasah) Diblkg dia yg samping belang tu anak dia, Hj Osman bin Damanhuri (skrg lmam masjid Sultan Yussuf Rapat Setia)” - Abdul Latif Mokhtar (“salah seorang AJK dan juga bilal resmi” madrasah, tahun 1970-an)
Kanan “Ayah saya pun ada dalam gambar ni…masa ni dia muda lah jugak.Masa saya umur 14thn- 16thn…Ayah saya ada lah bilal ,tok siak dan Imam di Madrasah tu. Bulan Puasa kmi selalu masak more…gambar ni 1969 ker? Saya pun baru 10thn…. Yg hujung sekali pakai kain pelikat baju melayu putih…masa ni kmi baru pindah sana dari 4th Avenue ke Greenlane” - Cik Ro Jamaludin

(Sumber: Helmy Iium @ FB ExGreentown Ajer (Ruangan komen), 28 April 2020: |"Madrasah Nujumiah Greentown Ipoh").

Lokasi

Peta lokasi Madrasah Nujumiah, 1945 dan kini
Peta lokasi Madrasah Nujumiah secara kasar (Bulatan hijau):-
Kiri: Tahun 1945 (Berdasarkan peta Great Britain War Office, 1945 @ University of Wisconsin-Milwaukee Libraries: |"Town plan of Ipoh / drawn and photolithographed by War Office").
Kanan: Kini (Google Maps): sebahagian kawasan Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Mercu tanda utama:-

  • Terletak di simpang tiga Green Lane (kini Jalan Dato Seri Ahmad Said) dan Jalan Idris. Di dalam peta tahun 1945, terdapat “Lorong Madrasah” di sekitar lokasi tersebut.
  • Government Hospital (kini Hospital Raja Permaisuri Bainun) terletak di sebelah utara Jalan Idris.
  • The Convent (kini Main Convent School / SMK Convent Ipoh) terletak di sebelah selatan, di antara Jalan Abdul Jalil (kini Jalan Sultan Abdul Jalil) dan Brewster Road (kini Jalan Sultan Idris Shah).
    (Reference: Wikipedia: List of Roads in Ipoh).

Lokasi Madrasah Nujumiah kini, secara dekatBangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Kiri: Lokasi Madrasah Nujumiah kini, secara dekat (Google Maps): Sekitar Kaunter Bayar Pandu Lalu Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Kanan: Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ("Majlis Bandaraya Ipoh").

Latar Lokasi

Lokasi Madrasah Nujumiah dikenalpasti berdasarkan sumber-sumber berikut:-

  • “Ni T junction.. Jalan depan tu terus ka Jalan Anderson… pakerza dekat Jalan Cowan…” - Rahmah Jaafar
  • “Madrasah Green Town ni Dulu tahun 1970an memang popular,semua kaki tangan kerajaan,mcm2 aktiviti keagamaan di adakan.Kawasan Madrasah ni sekarang di Jadikan Asrama Jururawat,kalau tak silap Sebab disitu jalan asal maseh ada.” - Arifdesa Arif
  • “Tapak asal dekat Simpang Tiga Greenlane…sekarang ni MBi kalau tak silap” - Aznil Zulkifli
  • “betoi2 kt simpang tiga klu dari hospital belok kanan ke pekan kalau terus pi sklah convent..” - Anuarjamaluddin Ngku
  • “betul .. Kalu terus ke panggung wayang lido dan cathay…” - Rosli Idris
  • “Dalm gambar ahli madrs.nujumiah yg palin kiri brrdiri baju melayu dan kain pelikat petak. Ayahda saya jamaluddin bilal mdrsh. Masaitu th 60 70an saya tinggal di green town lama..mula tinggal di no 1537 forth avenue rumah batu..lepas tu tinggal di no 868 green lane depan mardsah..dan saya berkahwin di rumah itu tahun 1982.” - Che Wah Gazalli Jamaluddin

(Sumber: Helmy Iium @ FB ExGreentown Ajer (Ruangan komen), 28 April 2020: |"Madrasah Nujumiah Greentown Ipoh").

Sumber lain:-

  • “Yes, this little madrasah stood there for decades. A somewhat recent Ipoh town government destroyed it – and the rest of the area as well.” - Karpal Sekawan (Beliau kemudiannya mengesahkan lokasi Madrasah Nujumiah di atas).
  • “I used to congregate at this surau long time ago as a kid, a time when Greentown was indeed a green town. What's left of the originals from the area are only the buildings belonging to the hospitals.” - محمد كايسزير

(Sumber: Chee Ong Ngai @ Facebook Ipoh & Perak Discovery Channel (Ruangan komen), 20 Jun 2023: |"Madrasah Nujumiah").

Sumber lain lagi (mungkin tidak tepat):-

  • “Saya tinggal di Greentown pada ketika itu dan pembinaan menara jam boleh dikatakan saya lihat hari-hari sehingga siap kerana padang tersebut (kini Dataran Ipoh) tempat saya bermain-main waktu petang. Seberang jalan terletak Madrasah Nujumiah (kini Jakel).” (VYMaps.com (Ruangan komen): |"Jabatan Kerja Raya Negeri Perak").

Perkara Berkaitan

Perihal Madrasah

  • “Ada siapa² masih simpan gambar AJK Madrasah ni yg diambil pada hujung tahun 70an tak? Gambar tu berwarna. Saya salah seorang AJK dan juga bilal resmi. Gambar yg saya punya dah hilang entah ke mana sebab kerap berpindah randah. Pengerusinya ketika tu Dato Seri Hj Shaari bin Shafie (bekas MB Perak yg ke-2). Timbalan dia Tn Hj Ibrahim Mahmud (Kadhi Besar Ipoh).” - Abdul Latif Mokhtar
  • “Ada sekolah rakyat..sya ada belajo kejap..tahun 78-79 kot….” - Shahrul Azhar

(Sumber: Helmy Iium @ FB ExGreentown Ajer (Ruangan komen), 28 April 2020: |"Madrasah Nujumiah Greentown Ipoh").

Sumber lain:-

  • “Di Madrasah Nujumiah, Greentown inilah telah berlangsungnya mesyuarat untuk menubuhkan Koperasi kita diRapat Setia.” (Facebook Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad, 19 Mei 2020: |"Di Madrasah Nujumiah").

Kedai Basikal Ah Chai

Di sebelahnya Kedai Basikal Ah Chai:-

  • “Next to Madrasah is “Ah Chai ” bicycle shop” - K Balasingam R Krishnan
  • “Masih ingat lagi depan masjid bawah pkok ada kdai basikal..nama cina tu Ah chai..selalu nk pi kdai mesti tempuh dia..” - Anuarjamaluddin Ngku
  • “lepas tu dia pindah ke Greenlane jalan ke Pakeeza” - Aznil Zulkifli
  • “betul2.. Yalah.. ada kedai basikal Bawah pokok kan…” - Rosli Idris
  • “I remember a man sitting there repairing bicycles” - Wai Ling

(Sumber: Helmy Iium @ FB ExGreentown Ajer (Ruangan komen), 28 April 2020: |"Madrasah Nujumiah Greentown Ipoh").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

madrasah_nujumiah.txt · Last modified: 2024/03/11 15:39 by sazli