User Tools

Site Tools


pembukaan

1880-an: Pembukaan Bandar Ipoh

“Ketika Residen Inggeris, Sir Hugh Low ditugaskan di Negeri Perak, beliau ada menyebut dalam tulisannya disekitar tahun 1819 tentang getah beracun atau upa yang diperolehi dari pokok Ipoh Antiaris Toxicaria yang banyak terdapat di waktu itu di kawasan kinta terutama Kampong Parloh. Namun begitu beliau menyebutnya sebagai Epau loghat Inggeris .

Dengan itu dapatlah dibuat andaian bahawa tarikh lahir bandar Ipoh disekitar tahun 1880an yang ketika itu hanyalah sebuah perkampungan kecil masyarakat orang asli dan orang melayu yang dikelilingi oleh hutan rimba yang tebal.”

Peta Perak tahun 1789Ipoh terletak di tengah-tengah Lembah Kinta
Kiri: “Dalam peta negeri Perak yang dikeluarkan oleh penjajah Inggeris dalam tahun 1789 ada tertulis Ipoh sebagai Epau dan Epu.”
Kanan: “Ipoh terletak di tengah-tengah Lembah Kinta iaitu kawasan yang kaya dengan perusahaan perlombongan bijih timah yang terpenting sekali di dunia pada suatu ketika dahulu. Sungai Kinta yang mengalir seperti ular kena palu itu adalah pembahagi utama bandar Ipoh. Sungai ini merupakan alat perhubungan utama untuk mengangkut bijih timah dari sebuah perkampungan kecil Melayu iaitu Kampong Parloh ( Paloh ), ke kawasan yang berhampiran seperti Sungai Raia. Kampung Parloh merupakan nadi utama kewujudan bandar Ipoh.”

Peta Perak tahun 1876
Kawasan Ipoh ditandakan dalam bulatan hijau pada peta negeri Perak tahun 1876: “A detailed map of Perak, Malaysia, published to illustrate a paper by W. Barrington D'Almeida, best known for his two volume work, “Life in Java”. Printed in the Journal of The Royal Geographical Society by John Murray. Drawn and engraved by Edward Weller.” (The Royal Geographical Society, 1876 @ The Map House of London: |"R.G.S.: Sketch Map of Perak").

“Penduduk yang terawal mendiami bandar Ipoh ialah masyarakat orang asli yang diikuti oleh orang Melayu. Mereka inilah perintis dan peneroka bandar Ipoh. Dalam tahun 1879, terdapat seramai 4623 orang melayu yang mendiami dipersekitaran dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan bandar Ipoh.

Mereka ini telah menjalankan aktiviti perusahaan perlombongan bijih timah secara kaedah mendulang dan lombong siam iaitu secara tradisional. Bijih timah dibawa dengan tongkang dan sampan melalui Sungai Kinta. Beberapa tahun kemudian Kampung Parloh telah berubah dan menjadi sebuah pusat perdagangan dan pengagihan bijih timah. Orang-orang asing yang berhijrah seperti orang-orang Cina, India dan Eropah mula menumpu di kawasan-kawasan tersebut dan berkongsi dengan orang-orang Melayu bagi menjalankan perusahaan perlombongan bijih timah. Rumah-rumah kedai dan rumah tempat kediaman mula bertambah seperti cendawan di kawasan persekitarannya. Major R.F. Walker dalam Sikh Annual Report Tahun 1888 telah menyebut bahawa cuma terdapat 227 buah rumah ketika itu di Ipoh. Lima puluh buah diperbuat dari konkrit, seratus tujuh puluh lima buah beratap genting dan zink. Secara beransur-ansur Kampung Parloh sedikit demi sedikit kehilangan identitinya. Sungai Kinta yang mula cetek mempercepatkan lagi pembangunan kawasan-kawasan penempatan baru seperti Epu ( Ipoh ), Kampung Sultan Ismail ( Pengkalan Pegoh), Tobing Tinggi ( Tebing Tinggi ) dan Qualla Parit ( Kuala Pari ).”

Ipoh @ Peta Semenanjung Tanah Melayu 1882
“Ipoh” (bulatan hijau) ditandakan di dalam peta Semenanjung Tanah Melayu tahun 1882 (D.D. Daly, Royal Geographical Society, 1882 @ The Map House of London: |"R.G.S.: Map of the Malay Peninsula").

“Dalam tahun 1890, sebuah jambatan kayu telah dibina menyeberangi Sungai Kinta untuk kemudahan orang ramai. Ipoh membesar sehingga menjadi salah sebuah daripada pekan yang terbesar dalam Daerah Kinta. Dengan majunya perusahaan bijih timah, Ipoh menjadi bertambah penting lagi. Mulai saat itu, Ipoh terus bergerak dari sebuah perkampungan perlombongan bijih timah menjadi pusat perdagangan yang dapat menarik ramai pelabur dari luar.”

Ipoh @ Peta negeri Perak tahun 1892
Ipoh (bulatan hijau) ditandakan pada peta negeri Perak tahun 1892: “Map of state of Perak (Malay Peninsula) with a table of statistics: area, population, road/railway/river lengths, revenue, tin exports. Straits Settlements highlighted red. Someone has added handwritten travel times/distances by steamer/road/train.” (Lefroy, G.A. @ Stanford's Geographical Establishment, 1892 @ Southeast Asia Historical Maps, Yale-NUS College: |"New sketch map of the protected Malay State of Perak").

“Dua tragedi yang paling sedih pernah dialami oleh bandar Ipoh iaitu pada 01 June 1892 satu kebakaran besar telah berlaku mengakibatkan kemusnahan 123 buah rumah kediaman dan kedai. Kemudian diikuti pula banjir besar dalam tahun 1926. Namun begitu bandar Ipoh terus membangun tanpa menoleh ke belakang lagi.

Evolusi bandar Ipoh dari sebuah perkampungan pasar hingga menjadi bandaraya mengambil masa satu abad. Dengan terjadinya ia sebuah bandaraya, penduduknya boleh merenung ke belakang. Dengan rasa bangga terhadap pencapaiannya yang cemerlang itu. Semuanya ini adalah usaha orang-orang yang berpandangan jauh dan juga kerana unsu-unsur semulajadi.

Sejak Lembah Kinta dikenali sebagai wilayah “galian” terkemuka di rantau ini, Ipoh semakin hari semakin maju. Bilangan penduduknya juga bertambah. Dalam tahun 1902, terbinalah sebuah institusi Kewangan Chartered Bank yang diikuti oleh pembinaan bank-bank lain, termasuk HongKong dan Shanghai Bank.”

(Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: |"Sejarah Ipoh: Sejarah").

Ipoh @ peta negeri Perak 1907
Ipoh (bulatan hijau) ditandakan pada peta negeri Perak tahun 1907 (Frank Swettenham, 1907 @ Wikipedia: "File:British Malaya- an account of the origin and progress of British influence in Malaya; with a specially compiled map, numerous illustrations reproduced from photographs and a frontispiece in (14581039678).jpg").

Pemandangan di Gopeng, 1910Lombong bijih timah di Tambun, 1910
Kiri: Pemandangan di Gopeng, 1910 (Kleingrothe, C.J., 1910 @ Leiden University Libraries: |"KITLV A360 - Gopeng bij Ipoh")
Kanan: Lombong bijih timah di Tambun, 1910 (Kleingrothe, C.J., 1910 @ Leiden University Libraries: |"KITLV A360 - Tinmijn te Tambun bij Ipoh").

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

pembukaan.txt · Last modified: 2023/05/10 11:38 by sazli