User Tools

Site Tools


start

This is an old revision of the document!


Cebisan Sejarah Ipoh

Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Ipoh, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.

Ipoh, The Capital City of the Malaysian State of Perak
Pemandangan Ipoh (Su Siock Ching @ Wikimedia, 2018: "Ipoh, The Capital City of the Malaysian State of Perak").

Ringkasan Sejarah Ipoh

“Ipoh yang dinaikkan taraf bandaraya adalah diantara bandar yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai sejarah dan identiti yang tersendiri. Bandaraya yang lahir dari liku-liku sejarah ini telah mewujudkan pelbagai keistimewaan yang bukan sahaja menarik malahan berbeza dengan Bandar-bandar lain di Negeri Perak. Sehingga kini Ipoh terkenal dengan ‘Bandar Bunga Kertas (Bougianvilla)’, Limau Tambun dan Gua Batu Kapur.

Bandar ini bermula dari sebuah perkampungan melayu yang wujud lebih kurang 100 tahun dahulu di tebing Sungai Kinta. Ia diapit oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah timur dan Gunung Keledang di sebelah barat. Di samping itu juga Bandar ini dipenuhi dan dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur sehingga menjadikan bandar ini sebuah bandar yang unik serta berbeza dengan bandar-bandar lain di Malaysia.

Ciri-ciri rekaan dan senibina di Ipoh seperti bangunan-bangunan yang didirikan di zaman penjajahan masih lagi kekal sebagai mercu tanda, di antaranya ialah Bangunan Stesen Keretapi, Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaran dan bangunan-bangunan rumah kedai yang lain. Di samping bangunan lama, bangunan moden juga turut dibina seperti di jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Gopeng. Pada masa ini Ipoh masih lagi kekal dengan campuran bangunan-bangunan lama dan baru sehingga mewujudkan satu panorama yang menarik.

Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau dikenali juga dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka.”

(Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: |"Sejarah Ipoh").

Kronologi Sejarah Ipoh

Kronologi peristiwa, menurut beberapa sumber dan usaha pensejarahan lain di Internet yang memfokus (atau ada menyentuh) perihal Ipoh dan kawasan sekitarnya:-

1880-an: Pembukaan Bandar Ipoh

“Ketika Residen Inggeris, Sir Hugh Low ditugaskan di Negeri Perak, beliau ada menyebut dalam tulisannya disekitar tahun 1819 tentang getah beracun atau upa yang diperolehi dari pokok Ipoh Antiaris Toxicaria yang banyak terdapat di waktu itu di kawasan kinta terutama Kampong Parloh. Namun begitu beliau menyebutnya sebagai Epau loghat Inggeris .

Dengan itu dapatlah dibuat andaian bahawa tarikh lahir bandar Ipoh disekitar tahun 1880an yang ketika itu hanyalah sebuah perkampungan kecil masyarakat orang asli dan orang melayu yang dikelilingi oleh hutan rimba yang tebal.”

Peta Perak tahun 1789Ipoh terletak di tengah-tengah Lembah Kinta
Kiri: “Dalam peta negeri Perak yang dikeluarkan oleh penjajah Inggeris dalam tahun 1789 ada tertulis Ipoh sebagai Epau dan Epu.”
Kanan: “Ipoh terletak di tengah-tengah Lembah Kinta iaitu kawasan yang kaya dengan perusahaan perlombongan bijih timah yang terpenting sekali di dunia pada suatu ketika dahulu. Sungai Kinta yang mengalir seperti ular kena palu itu adalah pembahagi utama bandar Ipoh. Sungai ini merupakan alat perhubungan utama untuk mengangkut bijih timah dari sebuah perkampungan kecil Melayu iaitu Kampong Parloh ( Paloh ), ke kawasan yang berhampiran seperti Sungai Raia. Kampung Parloh merupakan nadi utama kewujudan bandar Ipoh.”

“Penduduk yang terawal mendiami bandar Ipoh ialah masyarakat orang asli yang diikuti oleh orang Melayu. Mereka inilah perintis dan peneroka bandar Ipoh. Dalam tahun 1879, terdapat seramai 4623 orang melayu yang mendiami dipersekitaran dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan bandar Ipoh.

Mereka ini telah menjalankan aktiviti perusahaan perlombongan bijih timah secara kaedah mendulang dan lombong siam iaitu secara tradisional. Bijih timah dibawa dengan tongkang dan sampan melalui Sungai Kinta. Beberapa tahun kemudian Kampung Parloh telah berubah dan menjadi sebuah pusat perdagangan dan pengagihan bijih timah. Orang-orang asing yang berhijrah seperti orang-orang Cina, India dan Eropah mula menumpu di kawasan-kawasan tersebut dan berkongsi dengan orang-orang Melayu bagi menjalankan perusahaan perlombongan bijih timah. Rumah-rumah kedai dan rumah tempat kediaman mula bertambah seperti cendawan di kawasan persekitarannya. Major R.F. Walker dalam Sikh Annual Report Tahun 1888 telah menyebut bahawa cuma terdapat 227 buah rumah ketika itu di Ipoh. Lima puluh buah diperbuat dari konkrit, seratus tujuh puluh lima buah beratap genting dan zink. Secara beransur-ansur Kampung Parloh sedikit demi sedikit kehilangan identitinya. Sungai Kinta yang mula cetek mempercepatkan lagi pembangunan kawasan-kawasan penempatan baru seperti Epu ( Ipoh ), Kampung Sultan Ismail ( Pengkalan Pegoh), Tobing Tinggi ( Tebing Tinggi ) dan Qualla Parit ( Kuala Pari ).

Dalam tahun 1890, sebuah jambatan kayu telah dibina menyeberangi Sungai Kinta untuk kemudahan orang ramai. Ipoh membesar sehingga menjadi salah sebuah daripada pekan yang terbesar dalam Daerah Kinta. Dengan majunya perusahaan bijih timah, Ipoh menjadi bertambah penting lagi. Mulai saat itu, Ipoh terus bergerak dari sebuah perkampungan perlombongan bijih timah menjadi pusat perdagangan yang dapat menarik ramai pelabur dari luar.

Dua tragedi yang paling sedih pernah dialami oleh bandar Ipoh iaitu pada 01 June 1892 satu kebakaran besar telah berlaku mengakibatkan kemusnahan 123 buah rumah kediaman dan kedai. Kemudian diikuti pula banjir besar dalam tahun 1926. Namun begitu bandar Ipoh terus membangun tanpa menoleh ke belakang lagi.

Evolusi bandar Ipoh dari sebuah perkampungan pasar hingga menjadi bandaraya mengambil masa satu abad. Dengan terjadinya ia sebuah bandaraya, penduduknya boleh merenung ke belakang. Dengan rasa bangga terhadap pencapaiannya yang cemerlang itu. Semuanya ini adalah usaha orang-orang yang berpandangan jauh dan juga kerana unsu-unsur semulajadi.

Sejak Lembah Kinta dikenali sebagai wilayah “galian” terkemuka di rantau ini, Ipoh semakin hari semakin maju. Bilangan penduduknya juga bertambah. Dalam tahun 1902, terbinalah sebuah institusi Kewangan Chartered Bank yang diikuti oleh pembinaan bank-bank lain, termasuk HongKong dan Shanghai Bank.”

(Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: |"Sejarah Ipoh: Sejarah").

Sejarah Kawasan Sekitar

Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!

Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah Kuantan dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami. ;-)

Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Kuantan.

Beberapa penulisan, serta hasil kajian kritis berkaitan pensejarahan tempatan secara umum, sebagai panduan:-

Akhir kata, silakan membaca beberapa peringatan untuk kita bersama:-

Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!

start.1683540165.txt.gz · Last modified: 2023/05/08 18:02 by sazli