This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Pendudukan Sekitar Ipoh: Kurun ke-16
Latar Sejarah Kinta
“Satu lagenda yang menceritakan tentang bagaimana seorang nakhoda dari Tanah Seberang, Tanah Sumatera bersama-sama dengan anak buahnya telah berlayar sehingga sampai melalui Sungai Kinta. Kapal yang mereka naiki tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh.
Maka pada malam itu bermimpilah nakhoda itu didatangi oleh Jin, maka namanya ‘Kulub Kinta’ , dia dan anak cucunya nanti akan menjadi Orang Besar Kinta. Akhirnya nakhoda mengambil nama Kulub Kinta dan bersama-sama anak buahnya terus menetap di tempat itu dan keturunannya yang bergelar ‘Dato’ Panglima Kinta’ yang pernah menjadi salah seorang daripada ‘Orang Besar Lapan’ di zaman Kesultanan Perak.
Lagenda ‘jin’ dan ‘nakhoda’ dari Tanah Sumatera itu tidak pernah ada orang yang mengesahkan atau sebaliknya. Tetapi yang amat jelas sehingga tahun 1890an bandar Ipoh merupakan pusat komunikasi utama yang telah menghubungkan dengan pekan-pekan disekitar Negeri Perak dan juga di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu Ipoh juga adalah tempat sampan berlabuh terutama di kampong Paloh yang ketika itu menjadi tempat tumpuan pelombong-polombong bijih timah ( nama Cina bagi Ipoh ialah Pa-lo ). Ipoh dibentuk serta terus membangun,hasil utamanya ialah bijih timah.
Tidak banyak yang diketahui mengenai Zaman Pra- Sejarah bandar Ipoh selain daripada beberapa bahan penemuan antaranya kawasan penempatan terawal yang dapat dikesan melalui lukisan masyarakat pra-sejarah ( neolitik ) di Gua Tambun yang dapat membuktikan bahawa bandar bandar Ipoh telah dihuni oleh masyarakat pra-sejarah sejak zaman batu awal lagi.
…
Adalah dipercayai keluarga Dato’ Panglima Kinta yang mula-mula mendiami dan berkampung serta membangunkan bandar Ipoh sejak abad ke 16 lagi. Mengikut cerita orang tua-tua seorang nakhoda dari tanah sumatera telah samapai di Lembah Kinta dan menamakan dirinya Kulub Kinta menggunakan gelaran ‘ Yang Di Pertua Kinta’. Tun Tambak bin Maharaja Nara Wangsa Nyior Manis adalah Panglima Kinta yang pertama. Mereka memiliki seluruh kawasan Ipoh dan kawasan Kampung Paloh. Keluaga ini telah menjalankan pentadbiran di kawasan- kawasan tersebut.
Setelah perusahaan perlombongan bijih timah bertambah maju dan kawasan bertambah berkurangan ada di antara orang melayu yang sanggup menjual tanah mereka. Dua faktor penting menyebabkan orang melayu sangup mmenjualkan tanah kampong mereka ialah kerana tawaran tanah baru dan wang pampasan serta kampong mereka selalu dilanda banjir.
Pada ketika itu Ipoh hanyalah sebuah kampong yang kecil mempunyai beberapa pondok berbumbungkan atap nipah dengan penduduknya seramai 200 orang. Setelah bijih timah dijumpai di kawasan sekitarnya, ramailah para pelombong dari lain-lain bahagian Negeri Perak dan dari tempat-tempat lain bertumpu ke Lembah Kinta. Kemudian Ipoh memainkan peranan sebagai sebuah pekan untuk bekalan keperluan para pelombong. Bandar Ipoh mula menjadi pesat dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti perniagaan.”
(Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: |"Sejarah Ipoh: Asal Usul").
1528: Pembukaan Kampung Kepayang
“Suatu ketika dahulu pernah menjadi sebuah 'wilayah' yang diketuai oleh Toh Senongsa Seri Nara Wangsa yang merupakan keturunan kepada tokoh yang menerokai Kepayang iaitu Tun Kelalang bin Tun Saban Balik dan dipercayai dibuka pada sekitar tahun 1528. Maharaja Kinta menguasai 'wilayah' sekitar Batu Gajah. Hasil perkahwinan antara anakanda kepada Toh Senongsa Seri Nara Wangsa IV Toh Nyior Manis dengan putera kepada Maharaja Kinta Toh Chandang mewujudkan sebuah gelaran baru iaitu Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja yang bertaraf Orang Besar Lapan dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Perak manakala gelaran Toh Senongsa Seri Nara Wangsa telah diturun taraf menjadi Orang Besar Enam Belas, kapit kepada Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja. Kepayang merupakan Petempatan Melayu Pertama di dalam Bandaraya Ipoh dan pernah menjadi Pusat Pemerintahan bagi Kinta yang dahulu keluasannya meliputi Gopeng, Kampar, Batu Gajah, Tambun dan Ipoh.” (Mohamed Faizal Zainol, 2023: |"Kepayang Kampung Bersejarah").
MAKLUMAT LANJUT: Kampung Kepayang (1528)