User Tools

Site Tools


pendudukan_awal

Differences

This shows you the differences between two versions of the page.

Link to this comparison view

Next revision
Previous revision
pendudukan_awal [2023/05/08 18:03] – created sazlipendudukan_awal [2025/09/12 16:05] (kini) – [Latar Sejarah Kinta] sazli
Line 1: Line 1:
 ====== Pendudukan Sekitar Ipoh: Kurun ke-16 ====== ====== Pendudukan Sekitar Ipoh: Kurun ke-16 ======
 +
 +===== Latar Sejarah Kinta =====
 +
 +==== Sumber 1: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ====
  
 //"Satu lagenda yang menceritakan tentang bagaimana seorang nakhoda dari Tanah Seberang, Tanah Sumatera bersama-sama dengan anak buahnya telah berlayar sehingga sampai melalui Sungai Kinta. Kapal yang mereka naiki tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh. \\ //"Satu lagenda yang menceritakan tentang bagaimana seorang nakhoda dari Tanah Seberang, Tanah Sumatera bersama-sama dengan anak buahnya telah berlayar sehingga sampai melalui Sungai Kinta. Kapal yang mereka naiki tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh. \\
Line 16: Line 20:
  
 (Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: {{ ::laman:sejarah_ipoh_-_asal_usul.pdf ||}}[[http://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php/en/warisan/sejarah-ipoh|"Sejarah Ipoh: Asal Usul"]]). (Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: {{ ::laman:sejarah_ipoh_-_asal_usul.pdf ||}}[[http://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php/en/warisan/sejarah-ipoh|"Sejarah Ipoh: Asal Usul"]]).
 +
 +==== Sumber 2: Mohamed Faizal Zainol (2023) ====
 +
 +//"Pada satu ketika dahulu, terdapat kisah lagenda yang menceritakan tentang Toh Changkat Piatu yang merupakan anak kepada Sultan Perak Il Sultan Mansur Shah I ibni Sultan Perak I Sultan Muzaffar Shah I melalui hasil perkahwinan baginda dengan seorang anak gadis Orang Asli (Tok Batin) Suku Semang di kuala Sungai Kinta."// (Mohamed Faizal Zainol, 2023: {{ :laman:faizal_zainol_kepayang_kampung_bersejarah_-_petempatan_melayu_pertama_di_dalam_bandaraya_ipoh.pdf ||}}[[https://faizalzainol.blogspot.com/2023/09/kepayang-kampung-bersejarah-petempatan.html|"Kepayang Kampung Bersejarah"]], hlm.3).
 +
 +{{:peta:peta-sungaikinta-1929.png?450|Peta Sungai Kinta, dari kuala sungai di Sungai Perak di selatan, hingga setakat Ipoh di utara (ditandakan biru), 1929}}{{:peta:peta-sungaikinta-2025.png?450|Peta Sungai Kinta, dari kuala sungai di Sungai Perak di selatan, hingga setakat Ipoh di utara (ditandakan biru), 2025}} \\
 +**Kiri**: Peta Sungai Kinta, dari kuala sungai di Sungai Perak di selatan, hingga setakat Ipoh di utara (ditandakan biru), 1929 (UK : War Office; USA : Army Map Service, US Army, 1942: {{ :arkibgambar:malaysia_malaya_perak_1929_series_gsgs_4255_sheet_5_1942_1_126_720.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/148322|"Malaysia, Malaya, Perak 1929, Series: GSGS 4255, Sheet 5, 1942, 1:126 720"]]; {{ :arkibgambar:malaysia_malaya_perak_1929_series_gsgs_4255_sheet_6_1942_1_126_720.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/148323|"Malaysia, Malaya, Perak 1929, Series: GSGS 4255, Sheet 6, 1942, 1:126 720"]]; {{ :arkibgambar:malaysia_malaya_perak_1929_series_gsgs_4255_sheet_7_1942_1_126_720.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/148324|"Malaysia, Malaya, Perak 1929, Series: GSGS 4255, Sheet 7, 1942, 1:126 720"]]; {{ :arkibgambar:malaysia_malaya_perak_1929_series_gsgs_4255_sheet_8_1942_1_126_720.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/148325|"Malaysia, Malaya, Perak 1929, Series: GSGS 4255, Sheet 8, 1942, 1:126 720"]]). \\
 +**Kanan**: Peta Sungai Kinta, dari kuala sungai di Sungai Perak di selatan, hingga setakat Ipoh di utara (ditandakan biru), 2025 ([[https://mapcarta.com/15816218|Mapcarta]]).
 +
 +//"Toh Changkat Piatu bersama-sama pengikut-pengikutnya telah belayar menyusuri Sungai Kinta. Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh. Jarak antara Gunung Cheroh dan kuala Sungai Kinta adalah kira-kira 100 kilometer melalui aliran sungai. Hendak dijadikan cerita, kapal yang dinaiki oleh mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan cetek."// (Mohamed Faizal Zainol, 2023: {{ :laman:faizal_zainol_kepayang_kampung_bersejarah_-_petempatan_melayu_pertama_di_dalam_bandaraya_ipoh.pdf ||}}[[https://faizalzainol.blogspot.com/2023/09/kepayang-kampung-bersejarah-petempatan.html|"Kepayang Kampung Bersejarah"]], hlm.4).
 +
 +{{:peta:peta-gunung-cheroh-2025.png?900|Peta lokasi Gunung Cheroh, di antara belokan Sungai Kinta dan selekoh landasan kereta api, 2025}} \\
 +Peta lokasi Gunung Cheroh, di antara belokan Sungai Kinta dan selekoh landasan kereta api, 2025 ([[https://mapcarta.com/N6460582618|Mapcarta]]).
 +
 +//"Di tepian Gunung Cheroh, mereka terdengar alunan irama bergenta seperti loceng lalu mereka berhenti. Tiba-tiba seekor cicak kubing melompat ke air untuk menyeberang. Setiap kali cicak tersebut berhenti, irama bergenta itu hilang. Lalu berkata Toh Changkat Piatu; "Maka dengarlah itu, sungai ini dinamakan 'Genta ', dek kerana alunan itu." Lalu cicak kubing itu hilang bersama alunan bergenta itu."//
 +
 +{{:gambar:gunung-cheroh-gunung-sejarah-kinta.jpg?600|Gunung Cheroh}} \\
 +Gunung Cheroh (Mohamed Faizal Zainol @ Orang Perak, 3 Oktober 2021 - 23 Mac 2022: {{ :laman:gunung_cheroh_gunung_sejarah_kinta.pdf ||}}[[https://www.orangperak.com/gunung-cheroh-gunung-sejarah-kinta.html|"Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta"]]). 
 +
 +//"Pada satu malam, Toh Changkat Piatu yang memimpin pelayaran itu bermimpi didatangi jin penunggu Gunung Cheroh. Dalam mimpi itu, jin penunggu tersebut memberi restu untuk menggunakan nama 'Genta' dan memberitahu Toh Changkat Piatu bahawa beliau dan anak cucunya akan menjadi Orang Besar Kinta satu hari nanti. \\ 
 +\\
 +Berikutan daripada mimpi tersebut, Toh Changkat Piatu memilih nama 'Kulop Genta' atau 'Kepala Genta' sebagai nama gelaran untuk dirinya dan terus mengambil keputusan untuk menetap di sini bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya. Dipercayai bahawa hasil pengaruh penulisan jawi membuatkan 'Genta' disebut Kinta dan dibantu oleh adaptasi Eropah. Kinta juga adalah pelat dari sebutan Cina yang digunakan Inggeris dalam dokumentasi yang lama-kelamaan disebut sebagai 'Kinta' oleh masyarakat setempat. \\
 +\\ 
 +Keturunan daripada Kulop Kinta Toh Changkat Piatu hasil perkahwinannya dengan seorang anak gadis Orang Asli (Tok Batin) Suku Temiar inilah yang memegang gelaran sebagai Dato Panglima Kinta yang mana ia menjadi salah seorang daripada Orang Besar Lapan dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Perak sehingga ke hari ini. \\
 +\\
 +Mengikut adat tradisi, anak Dato Panglima Kinta perlu berkahwin dengan anak gadis Orang Asli Suku Temiar bagi membolehkan suku tersebut menggelarnya 'Kulop Genta' atau 'Kepala Genta' yang juga merupakan pelindung mereka dengan darah Suku Temiar mengalir dalam tubuh badan keturunannya. \\
 +\\
 +Keturunan beliau sebahagiannya telah berasimilasi dengan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan yang lebih hilir manakala sebahagian lagi keturunannya ada yang menyerap ke dalam masyarakat Orang Asli Suku Temiar dan menduduki kawasan yang lebih hulu."//
 +
 +(Sumber: Mohamed Faizal Zainol, 2023: {{ :laman:faizal_zainol_kepayang_kampung_bersejarah_-_petempatan_melayu_pertama_di_dalam_bandaraya_ipoh.pdf ||}}[[https://faizalzainol.blogspot.com/2023/09/kepayang-kampung-bersejarah-petempatan.html|"Kepayang Kampung Bersejarah"]], hlm.4-6).
 +
 +===== 1528: Pembukaan Kampung Kepayang =====
 +
 +//"Suatu ketika dahulu pernah menjadi sebuah 'wilayah' yang diketuai oleh Toh Senongsa Seri Nara Wangsa yang merupakan keturunan kepada tokoh yang menerokai Kepayang iaitu Tun Kelalang bin Tun Saban Balik dan dipercayai dibuka pada sekitar tahun 1528. Maharaja Kinta menguasai 'wilayah' sekitar Batu Gajah. Hasil perkahwinan antara anakanda kepada Toh Senongsa Seri Nara Wangsa IV Toh Nyior Manis dengan putera kepada Maharaja Kinta Toh Chandang mewujudkan sebuah gelaran baru iaitu Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja yang bertaraf Orang Besar Lapan dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Perak manakala gelaran Toh Senongsa Seri Nara Wangsa telah diturun taraf menjadi Orang Besar Enam Belas, kapit kepada Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja. Kepayang merupakan Petempatan Melayu Pertama di dalam Bandaraya Ipoh dan pernah menjadi Pusat Pemerintahan bagi Kinta yang dahulu keluasannya meliputi Gopeng, Kampar, Batu Gajah, Tambun dan 
 +Ipoh."// (Mohamed Faizal Zainol, 2023: {{ :laman:faizal_zainol_kepayang_kampung_bersejarah_-_petempatan_melayu_pertama_di_dalam_bandaraya_ipoh.pdf ||}}[[https://faizalzainol.blogspot.com/2023/09/kepayang-kampung-bersejarah-petempatan.html|"Kepayang Kampung Bersejarah"]], hlm.V).
 +
 +**MAKLUMAT LANJUT: [[kg_kepayang|Kampung Kepayang (1528)]]**
  
pendudukan_awal.1683540206.txt.gz · Last modified: by sazli