This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Cebisan Sejarah Ipoh
Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Ipoh, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.
Pemandangan Ipoh (Su Siock Ching @ Wikimedia, 2018: "Ipoh, The Capital City of the Malaysian State of Perak").
Ringkasan Sejarah Ipoh
“Ipoh yang dinaikkan taraf bandaraya adalah diantara bandar yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai sejarah dan identiti yang tersendiri. Bandaraya yang lahir dari liku-liku sejarah ini telah mewujudkan pelbagai keistimewaan yang bukan sahaja menarik malahan berbeza dengan Bandar-bandar lain di Negeri Perak. Sehingga kini Ipoh terkenal dengan ‘Bandar Bunga Kertas (Bougianvilla)’, Limau Tambun dan Gua Batu Kapur.
Bandar ini bermula dari sebuah perkampungan melayu yang wujud lebih kurang 100 tahun dahulu di tebing Sungai Kinta. Ia diapit oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah timur dan Gunung Keledang di sebelah barat. Di samping itu juga Bandar ini dipenuhi dan dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur sehingga menjadikan bandar ini sebuah bandar yang unik serta berbeza dengan bandar-bandar lain di Malaysia.
Ciri-ciri rekaan dan senibina di Ipoh seperti bangunan-bangunan yang didirikan di zaman penjajahan masih lagi kekal sebagai mercu tanda, di antaranya ialah Bangunan Stesen Keretapi, Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaran dan bangunan-bangunan rumah kedai yang lain. Di samping bangunan lama, bangunan moden juga turut dibina seperti di jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Gopeng. Pada masa ini Ipoh masih lagi kekal dengan campuran bangunan-bangunan lama dan baru sehingga mewujudkan satu panorama yang menarik.
Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau dikenali juga dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka.”
(Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: |"Sejarah Ipoh").
Kronologi Sejarah Ipoh
Kronologi peristiwa, menurut beberapa sumber dan usaha pensejarahan lain di Internet yang memfokus (atau ada menyentuh) perihal Ipoh dan kawasan sekitarnya:-
Pendudukan Sekitar Ipoh: Kurun ke-16
“Satu lagenda yang menceritakan tentang bagaimana seorang nakhoda dari Tanah Seberang, Tanah Sumatera bersama-sama dengan anak buahnya telah berlayar sehingga sampai melalui Sungai Kinta. Kapal yang mereka naiki tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh.
Maka pada malam itu bermimpilah nakhoda itu didatangi oleh Jin, maka namanya ‘Kulub Kinta’ , dia dan anak cucunya nanti akan menjadi Orang Besar Kinta. Akhirnya nakhoda mengambil nama Kulub Kinta dan bersama-sama anak buahnya terus menetap di tempat itu dan keturunannya yang bergelar ‘Dato’ Panglima Kinta’ yang pernah menjadi salah seorang daripada ‘Orang Besar Lapan’ di zaman Kesultanan Perak.
Lagenda ‘jin’ dan ‘nakhoda’ dari Tanah Sumatera itu tidak pernah ada orang yang mengesahkan atau sebaliknya. Tetapi yang amat jelas sehingga tahun 1890an bandar Ipoh merupakan pusat komunikasi utama yang telah menghubungkan dengan pekan-pekan disekitar Negeri Perak dan juga di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu Ipoh juga adalah tempat sampan berlabuh terutama di kampong Paloh yang ketika itu menjadi tempat tumpuan pelombong-polombong bijih timah ( nama Cina bagi Ipoh ialah Pa-lo ). Ipoh dibentuk serta terus membangun,hasil utamanya ialah bijih timah.
Tidak banyak yang diketahui mengenai Zaman Pra- Sejarah bandar Ipoh selain daripada beberapa bahan penemuan antaranya kawasan penempatan terawal yang dapat dikesan melalui lukisan masyarakat pra-sejarah ( neolitik ) di Gua Tambun yang dapat membuktikan bahawa bandar bandar Ipoh telah dihuni oleh masyarakat pra-sejarah sejak zaman batu awal lagi.
…
Adalah dipercayai keluarga Dato’ Panglima Kinta yang mula-mula mendiami dan berkampung serta membangunkan bandar Ipoh sejak abad ke 16 lagi. Mengikut cerita orang tua-tua seorang nakhoda dari tanah sumatera telah samapai di Lembah Kinta dan menamakan dirinya Kulub Kinta menggunakan gelaran ‘ Yang Di Pertua Kinta’. Tun Tambak bin Maharaja Nara Wangsa Nyior Manis adalah Panglima Kinta yang pertama. Mereka memiliki seluruh kawasan Ipoh dan kawasan Kampung Paloh. Keluaga ini telah menjalankan pentadbiran di kawasan- kawasan tersebut.
Setelah perusahaan perlombongan bijih timah bertambah maju dan kawasan bertambah berkurangan ada di antara orang melayu yang sanggup menjual tanah mereka. Dua faktor penting menyebabkan orang melayu sangup mmenjualkan tanah kampong mereka ialah kerana tawaran tanah baru dan wang pampasan serta kampong mereka selalu dilanda banjir.”
(Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: |"Sejarah Ipoh").
1880-an: Pembukaan Bandar Ipoh
“Bandar ini bermula dari sebuah perkampungan melayu yang wujud lebih kurang 100 tahun dahulu di tebing Sungai Kinta. Ia diapit oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah timur dan Gunung Keledang di sebelah barat. Di samping itu juga Bandar ini dipenuhi dan dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur sehingga menjadikan bandar ini sebuah bandar yang unik serta berbeza dengan bandar-bandar lain di Malaysia.
…
Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau dikenali juga dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka.
Ketika Residen Inggeris, Sir Hugh Low ditugaskan di Negeri Perak, beliau ada menyebut dalam tulisannya disekitar tahun 1819 tentang getah beracun atau upa yang diperolehi dari pokok Ipoh Antiaris Toxicaria yang banyak terdapat di waktu itu di kawasan kinta terutama Kampong Parloh. Namun begitu beliau menyebutnya sebagai Epau loghat Inggeris .”
Kiri: “Dalam peta negeri Perak yang dikeluarkan oleh penjajah Inggeris dalam tahun 1789 ada tertulis Ipoh sebagai Epau dan Epu.”
Kanan: “Ipoh terletak di tengah-tengah Lembah Kinta iaitu kawasan yang kaya dengan perusahaan perlombongan bijih timah yang terpenting sekali di dunia pada suatu ketika dahulu. Sungai Kinta yang mengalir seperti ular kena palu itu adalah pembahagi utama bandar Ipoh. Sungai ini merupakan alat perhubungan utama untuk mengangkut bijih timah dari sebuah perkampungan kecil Melayu iaitu Kampong Parloh ( Paloh ), ke kawasan yang berhampiran seperti Sungai Raia. Kampung Parloh merupakan nadi utama kewujudan bandar Ipoh.”
“Dengan itu dapatlah dibuat andaian bahawa tarikh lahir bandar Ipoh disekitar tahun 1880an yang ketika itu hanyalah sebuah perkampungan kecil masyarakat orang asli dan orang melayu yang dikelilingi oleh hutan rimba yang tebal.”
“…sehingga tahun 1890an bandar Ipoh merupakan pusat komunikasi utama yang telah menghubungkan dengan pekan-pekan disekitar Negeri Perak dan juga di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu Ipoh juga adalah tempat sampan berlabuh terutama di kampong Paloh yang ketika itu menjadi tempat tumpuan pelombong-polombong bijih timah ( nama Cina bagi Ipoh ialah Pa-lo ). Ipoh dibentuk serta terus membangun,hasil utamanya ialah bijih timah.”
Sejarah Kawasan Sekitar
Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!
Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah Kuantan dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami.
Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Kuantan.
Beberapa penulisan, serta hasil kajian kritis berkaitan pensejarahan tempatan secara umum, sebagai panduan:-
- Masalah-masalah pendidikan sejarah tempatan secara umum, serta beberapa cadangan bagi pembaikpulihan: Profesor Emeritus Ahmat Adam @ SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 2(1) Maret 2014: |"Pendidikan Sejarah di Malaysia Dewasa ini: Sejauh Manakah ia Relevan kepada Pembinaan Nasion?".
- Perlunya persejarahan mikro (daerah, kampung, kawasan setempat): |"Sejarah Selangor terbengkalai" (latifah@bh.com.my @ Berita Harian, Mei 6, 2015).
- Peri pentingnya arkib akhbar dalam proses pensejarahan tempatan: Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican @ New Straits Times, May 29, 2019:|"A window to Malaysian society".
- Nota ringkas mengenai kajian kerencaman perspektif sejarah tempatan: Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican, 2014: |"The New Media and the Consciousness of History in Malaysia: Ideas on National History and Other Histories". Contoh hasil kajian berkaitan: Muhaimin Sulam, Norena Abd Karim Zamri and Ahmad Murad Merican, 2018: |"The Consciousness of History in Malaysia: The Ideas on Merdeka Day in Sarawak".
- Beberapa penulisan dan suntingan Dr Azmi Arifin bertemakan penilaian dan penafsiran semula sejarah tempatan secara kritis, dalam acuan sendiri:-
Akhir kata, silakan membaca beberapa peringatan untuk kita bersama:-
Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!