====== Cebisan Sejarah Ipoh ====== Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Ipoh, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah [[http://ofa.arkib.gov.my/|Arkib Negara Malaysia]], keratan-keratan akhbar di [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/|NewspaperSG]] (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan [[https://www.nlb.gov.sg/|National Library Board (NLB) of Singapore]]), serta [[https://upnih.pnm.gov.my/myrepo-public/welcome/content/browse-content/collection/22|MyRepositori]] (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan [[https://www.pnm.gov.my/|Perpustakaan Negara Malaysia]]). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja. {{::ipoh_the_capital_city_of_the_malaysian_state_of_perak.jpg?690|Ipoh, The Capital City of the Malaysian State of Perak}} \\ Pemandangan Ipoh (Su Siock Ching @ Wikimedia, 2018: [[https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Ipoh,_The_Capital_City_of_the_Malaysian_State_of_Perak.jpg|"Ipoh, The Capital City of the Malaysian State of Perak"]]). ===== Ringkasan Sejarah Ipoh ===== //"Ipoh yang dinaikkan taraf bandaraya adalah diantara bandar yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai sejarah dan identiti yang tersendiri. Bandaraya yang lahir dari liku-liku sejarah ini telah mewujudkan pelbagai keistimewaan yang bukan sahaja menarik malahan berbeza dengan Bandar-bandar lain di Negeri Perak. Sehingga kini Ipoh terkenal dengan ‘Bandar Bunga Kertas (Bougianvilla)’, Limau Tambun dan Gua Batu Kapur. \\ \\ Bandar ini bermula dari sebuah perkampungan melayu yang wujud lebih kurang 100 tahun dahulu di tebing Sungai Kinta. Ia diapit oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah timur dan Gunung Keledang di sebelah barat. Di samping itu juga Bandar ini dipenuhi dan dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur sehingga menjadikan bandar ini sebuah bandar yang unik serta berbeza dengan bandar-bandar lain di Malaysia. \\ \\ Ciri-ciri rekaan dan senibina di Ipoh seperti bangunan-bangunan yang didirikan di zaman penjajahan masih lagi kekal sebagai mercu tanda, di antaranya ialah Bangunan Stesen Keretapi, Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaran dan bangunan-bangunan rumah kedai yang lain. Di samping bangunan lama, bangunan moden juga turut dibina seperti di jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Gopeng. Pada masa ini Ipoh masih lagi kekal dengan campuran bangunan-bangunan lama dan baru sehingga mewujudkan satu panorama yang menarik. \\ \\ Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau dikenali juga dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka."// (Sumber: Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh: {{ ::laman:sejarah_ipoh_-_asal_usul.pdf ||}}[[http://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php/en/warisan/sejarah-ipoh|"Sejarah Ipoh"]]). ===== Kronologi Sejarah Ipoh ===== Kronologi peristiwa, menurut beberapa sumber dan usaha pensejarahan lain di Internet yang memfokus (atau ada menyentuh) perihal Ipoh dan kawasan sekitarnya:- * [[pendudukan_awal|Kurun ke-16: Pendudukan Awal]] * [[pembukaan|1880-an: Pembukaan Bandar Ipoh]] * [[perlombongan|1880-an: Perlombongan]] ===== Alam Sekitar ===== * [[gunung_genting|Gunung Genting]] * [[gunung_panjang|Gunung Panjang]] * [[gunung_rapat|Gunung Rapat]] ===== Kampung ===== * [[kg_kepayang|Kampung Kepayang (1528)]] * [[kg_kuchai|Kampung Kuchai (1898)]] ===== Binaan ===== * [[madrasah_nujumiah|Madrasah Nujumiah]] ===== Peta Bandar Ipoh ===== ==== Peta Bandar Ipoh 1921 ==== {{:peta:ipoh_town.png?800|Peta tahun 1921}} \\ Peta tahun 1921: //"Street map of Ipoh in 1921 by the Central Survey Office of the Federated Malay States"// ([[https://en.wikipedia.org/wiki/File:Ipoh_Town.PNG|Wikipedia]]). ==== Peta Bandar Ipoh 1945 ==== {{:peta:agdm_7321_full.jpg?800|Peta tahun 1945}} \\ Peta tahun 1945: //"Town plan of Ipoh showing transportation, water features, communications, built-up areas and buildings ; At top of map: Malaya ; "Prime meridian: Greenwich." ; "(HIND 1073)." ; "W.O. second edition, HIND first edition.""// (Great Britain. War Office, 1945 @ University of Wisconsin-Milwaukee Libraries: {{ :laman:town_plan_of_ipoh_drawn_and_photolithographed_by_war_office_-_american_geographical_society_library_digital_map_collection_-_uwm_libraries_digital_collections.pdf ||}}[[https://collections.lib.uwm.edu/digital/collection/agdm/id/7321/|"Town plan of Ipoh / drawn and photolithographed by War Office"]]). ===== Peta Sekitar Ipoh ===== ==== Peta Sekitar Ipoh 1919 ==== {{:peta:peta-ipoh-1919.png?800|Peta sekitar Ipoh, 1919}} \\ Peta sekitar Ipoh, 1919: //"Map covers parts of Kinta and Kuala Kangsar Districts showing physical landscape, land use, buildings, kampongs, railways, roads, tracks, footpaths, contours, spot heights, trigonometrical stations, reservoirs, rivers, streams, lakes, mines, quarry, isolation hospital, Federal Lunatic Asylum at Tanjong Rambutan, marble works, race course, hot spring, catchment areas, rubber estates, rubber plantations, padi fields, swamps, Kledang-Sayong Forest Reserve, Sungei Kinta, Sungei Raya, Sungei Pari, Ipoh, Menglembu, Lahat, Papan, Chemor, Tambun, Pulai and others"// (Central Survey Office, Kuala Lumpur, Surveyor-General's Office, Federated Malay States (F.M.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1919: {{ ::arkibgambar:federated_malay_states_f.m.s._topo._index_to_districts_.pdf ||}}[[https://www.nas.gov.sg/archivesonline/maps_building_plans/record-details/f914f60e-115c-11e3-83d5-0050568939ad|"Federated Malay States (F.M.S.) Topo. (Index To Districts, Kinta, Batang Padang And Lower Perak)"]]). ==== Peta Sekitar Ipoh 1926 ==== {{:peta:peta-ipoh-1926.png?800|Peta sekitar Ipoh, 1926}} \\ Peta sekitar Ipoh, 1926: //"Map covers parts of Kinta and Kuala Kangsar Districts in Perak, Malaya showing physical landscape, lime stone hills, land use, buildings, kampongs, railways, roads, tracks, footpaths, contours, trigonometrical stations, reservoirs, rivers, streams, lakes, mines, quarry, isolation hospital, Federal Lunatic Asylum at Tanjong Rambutan, marble works, race course, hot spring, catchment areas, rubber estates, rubber plantations, swamps, Kledang-Sayong Forest Reserve, Sungei Kinta, Sungei Raya, Sungei Pari, Ipoh, Menglembu, Lahat, Papan, Chemor, Tambun, Pulai and others"// (Surveyor-General, Federated Malay States (F.M.S.) and Straits Settlements (S.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1926: {{ :arkibgambar:parts_of_kinta_and_kuala_kangsar_districts_ipoh_perak.pdf ||}}[[https://www.nas.gov.sg/archivesonline/maps_building_plans/record-details/f8d68fa9-115c-11e3-83d5-0050568939ad|"Parts of Kinta And Kuala Kangsar Districts, Ipoh, Perak"]]). ==== Peta Sekitar Ipoh 1933 ==== {{:peta:peta-ipoh-1933.png?800|Peta sekitar Ipoh, 1933}} \\ Peta sekitar Ipoh, 1933: //"Map covers parts of Kinta and Kuala Kangsar Districts in Perak, Malaya showing physical landscape, lime stone hills, land use, buildings, kampongs, railways, roads, tracks, footpaths, contours at 50 feet intervals, spot heights, trigonometrical stations, reservoirs, rivers, streams, lakes, mines, quarry, isolation hospital, Federal Lunatic Asylum at Tanjong Rambutan, marble works, race course, hot spring, catchment areas, rubber estates, rubber plantations, swamps, electric power line, Malay reservations, Kledang-Sayong Forest Reserve, Sungei Kinta, Sungei Raya, Sungei Pari, Ipoh, Menglembu, Lahat, Papan, Chemor, Tambun, Simpang Pulai and others"// (Surveyor-General, Federated Malay States (F.M.S.) and Straits Settlements (S.S.) @ Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1933: {{ :arkibgambar:parts_of_kinta_and_kuala_kangsar_districts_ipoh_perak_1933.pdf ||}}[[https://www.nas.gov.sg/archivesonline/maps_building_plans/record-details/f8d6a329-115c-11e3-83d5-0050568939ad|"Parts of Kinta and Kuala Kangsar Districts, Ipoh, Perak"]]). ===== Peta Negeri Perak ===== ==== Peta Melayu Perak 1876 ==== {{:peta:peta-melayu-perak-1876.png?400|Peta Melayu Perak, 1876}} \\ Peta Melayu Perak, 1876: //"A Malay map of Perak, 1876, from W.E. Maxwell’s notes, MS 46943, Royal Asiatic Society, London, as published in Perak: The Abode of Grace: A Study of an Eighteenth Century Malay State by Barbara Andaya (1979). Some words—names of places and court nobles—on the map have been transliterated by Andaya. Arabic numerals in circles are my annotations used as a guide in the transliteration and translation of the Jawi text to Romanized Malay to English."// (Sumber: Husni Abu Bakar @ Southeast Asian Studies, Volume 4 (2015) Issue 1: {{ :makalah:06_dr.bakar_.pdf ||}}[[https://doi.org/10.20495/seas.4.1_157|"Playing along the Perak River: Readings of an Eighteenth-Century Malay State"]]). ===== Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah! ===== Perlu ditekankan, **kami bukan ahli sejarah!** Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan **maklumat** berkaitan sejarah Kuantan dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami. ;-) Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha **pemula** sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Kuantan. Beberapa penulisan, serta hasil kajian kritis berkaitan pensejarahan tempatan secara umum, sebagai panduan:- * Masalah-masalah pendidikan sejarah tempatan secara umum, serta beberapa cadangan bagi pembaikpulihan: [[https://www.gerakbudaya.com/ahmat-adam|Profesor Emeritus Ahmat Adam]] @ SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 2(1) Maret 2014: {{ :lampiran:78-153-1-sm.pdf ||}}[[http://www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur/article/view/78|"Pendidikan Sejarah di Malaysia Dewasa ini: Sejauh Manakah ia Relevan kepada Pembinaan Nasion?"]]. * Perlunya persejarahan mikro (daerah, kampung, kawasan setempat): {{ :lampiran:sejarah_selangor_terbengkalai.pdf ||}}[[https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/53110/sejarah-selangor-terbengkalai|"Sejarah Selangor terbengkalai"]] (latifah@bh.com.my @ Berita Harian, Mei 6, 2015). * Peri pentingnya arkib akhbar dalam proses pensejarahan tempatan: [[https://www.perdana.org.my/our-research/our-resident-fellows/the-perdana-leadership-honorary-president-resident-fellowship/|Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican]] @ New Straits Times, May 29, 2019:{{ :laman:a_window_to_malaysian_society.pdf ||}}[[https://www.nst.com.my/education/2019/05/492273/window-malaysian-society|"A window to Malaysian society"]]. * Nota ringkas mengenai kajian kerencaman perspektif sejarah tempatan: [[https://www.perdana.org.my/our-research/our-resident-fellows/the-perdana-leadership-honorary-president-resident-fellowship/|Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican]], 2014: {{ :lampiran:prof-murad-merican_utp.pdf ||}}[[https://www.mcmc.gov.my/en/media/events/mcmc/networked-media-research-seminar-2014-digital-ci|"The New Media and the Consciousness of History in Malaysia: Ideas on National History and Other Histories"]]. Contoh hasil kajian berkaitan: Muhaimin Sulam, Norena Abd Karim Zamri and Ahmad Murad Merican, 2018: {{ :lampiran:shsconf_ichss2018_02006.pdf ||}}[[https://www.shs-conferences.org/articles/shsconf/abs/2018/14/shsconf_ichss2018_02006/shsconf_ichss2018_02006.html|"The Consciousness of History in Malaysia: The Ideas on Merdeka Day in Sarawak"]]. * Beberapa penulisan dan suntingan [[https://humanities.usm.my/index.php/history/dr-azmi-arifin|Dr Azmi Arifin]] bertemakan penilaian dan penafsiran semula sejarah tempatan secara kritis, dalam acuan sendiri:- * {{ :lampiran:shsconf_iclk2018_06005.pdf ||}}[[https://www.shs-conferences.org/articles/shsconf/abs/2018/06/shsconf_iclk2018_06005/shsconf_iclk2018_06005.html|Eurocentrism and the Historical Perception About the Malays (2018)]] * [[https://books.google.com.my/books?id=oKclDwAAQBAJ|‘Di sebalik tabir’ sejarah politik Malaysia 1945-1957 (Penerbit USM, 2016)]] Akhir kata, silakan membaca beberapa peringatan untuk kita bersama:- * {{ laman:tazkirah_untuk_pakar_sejarah_jadi-jadian_di_medsos.pdf ||}}[[https://solidaritas.my/tazkirah-untuk-pakar-sejarah-jadi-jadian-di-medsos/|"Tazkirah Untuk Pakar Sejarah Jadi-jadian Di Medsos"]] ([[https://www.ukm.my/atma/en/expertise/dr-mohd-faizal-musa-faisal-tehrani/|Dr Mohd Faizal Musa @ Faisal Tehrani]], 2020) * {{ facebook:facebook_-_muziru_idham_-_penulisan_ilmiah.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/amuziruidham/posts/10219455819128553|"Masalah yang perlu diperakui sekarang berkenaan (penulisan popular) bidang keilmuan"]] ([[https://amuziruidham.wordpress.com/about/|Ahmad Muziru Idham]], 2020) [[pesanan|Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini]]. Semoga bermanfaat!